Top
  • User
  • User
  • User

Apa Kata Orang Lain Mengenai Kami

Kalkulator Pilihan Saham:

Analisis Pasaran dan Kira Keuntungan Pelaburan Anda

Kalkulator stock options (opsyen saham) boleh menjadi elemen penting dalam strategi dagangan anda. Dengan pengira yang ringkas ini, anda boleh kira potensi keuntungan dan menilai risiko dalam pelbagai jenis pelaburan. Maklumat penting sebegitu penting untuk membolehkan anda membuat keputusan berdasarkan analisis dalam pelaburan. Ketahui bagaimana penggunaan kalkulator stock options boleh memberi kelebihan kepada anda, serta membuatkan anda lebih mahir menggunakan alat ini untuk mengenal pasti keputusan dagangan terbaik.

Background
Video

Langkah Lengkap dalam Menggunakan Kalkulator Stock Options Kami

Anda tidak perlu mahir dalam teknologi untuk menggunakan kalkulator stock options. Alat ini direka supaya mudah digunakan. Maklumat yang disediakan sangat bermanfaat untuk kedua-dua pelabur beginner dan berpengalaman. Ikuti langkah berikut:

  • 1

    Anda boleh pilih sama ada call option atau put option. Langkah pertama adalah memilih jenis kalkulator opsyen saham. Ia bergantung kepada jenis pelaburan yang anda inginkan.

  • 2

    Pilih tarikh luput option. Anda akan melihat butang kalender bersaiz kecil. Melalui butang ini, anda boleh pilih tarikh, bulan, dan tahun yang tepat untuk options. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk memasukkan tarikh atau sebaliknya, dan ia tidak memberi kesan kepada hasil pengiraan.

  • 3

    Masukkan strike price. Langkah seterusnya adalah masukkan strike price untuk aset anda dalam pengira stock options. Pastikan butiran dimasukkan adalah tepat kerana ia menjadi parameter penting dalam menentukan hasil pengiraan.

  • 4

    Masukkan bilangan kontrak. Bilangan kontrak memberi kesan kepada jumlah kos dan keuntungan yang dijangkakan yang akan dipaparkan.

  • 5

    Set harga options. Semasa anda masukkan harga options, anda akan dapati kalkulator harga stock options tersebut akan memaparkan jumlah kos. Alat ini akan mengira secara automatik dengan mendarabkan bilangan kontrak dengan option price.

  • 6

    Masukkan harga saham semasa. Semak harga saham semasa dan masukkan dalam ruangan ini.

  • 7

    Masukkan harga saham yang dijangkakan pada tarikh luput. Anda boleh masukkan harga saham yang dijangkakan pada tarikh luput. Kemudian, anda boleh klik kira/calculate.

  • 8

    Semak hasil kiraan. Kalkulator stock options ini akan memaparkan jumlah pulangan (return) untuk instrumen options anda. Data tersebut menunjukkan jumlah pulangan yang dijangka pada options itu, dan juga peratusan potensi keuntungan atau kerugian anda.

Usage
Penting untuk anda tahu bahawa anda boleh gunakan kalkulator stock options ini tanpa had. Jadi, masukkan parameter yang berbeza untuk lihat bagaimana hasil kiraan berubah. Cara ini dapat membantu anda mengenal pasti pilihan terbaik untuk pelaburan.

Apa itu Kalkulator Stock Options?

Kalkulator stock options merupakan alat yang digunakan oleh pelabur untuk meramalkan potensi keuntungan atau kerugian untuk kontrak options. Anda perlu memasukkan parameter asas dan kalkulator ini akan melakukan pengiraan berdasarkan data yang dimasukkan. Anda akan menerima data penting tentang keuntungan yang dijangkakan pada tarikh luput kontrak.

Antara kelebihan menggunakan kalkulator stock options adalah:

  • 1 Penilaian option secara automatik. Anda tidak perlu buat pengiraan secara manual. Sebaliknya, hanya perlu masukkan beberapa parameter dan dapatkan hasil pengiraan — terlalu mudah!
  • 2 Mudah digunakan. Walaupun anda masih baru dalam dunia pelaburan atau tidak tahu tentang komputer, anda akan rasakan kalkulator ini sungguh mudah digunakan.
  • 3 Bandingkan pelbagai pilihan pelaburan. Anda dapat melihat ramalan saham yang mana lebih menguntungkan. Cara ini akan membantu anda memilih pelaburan yang lebih sesuai.
  • 4 Percuma. Kalkulator ini ditawarkan secara percuma, jadi anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk menggunakannya.

Memahami Asas dalam Stock Options

Understanding the Fundamentals

Stock options atau opsyen saham ialah kontrak yang memberi anda hak untuk membeli atau menjual saham syarikat dalam jumlah tertentu, pada harga spesifik dan sebelum tarikh luput yang ditetapkan. Anda tidak terikat untuk melaksanakan kontrak. Anda juga tidak mempunyai kewajipan untuk membeli atau menjual aset tersebut. Satu-satunya perkara yang anda dapat melalui kontrak stock options adalah hak untuk membeli atau menjual. Pelabur biasanya menggunakan stock options dalam strategi dagangan mereka disebabkan faktor fleksibiliti. Kontrak options boleh menjadi cara berguna dalam mengendalikan portfolio dengan lebih berkesan, untuk memaksimumkan potensi keuntungan. Namun, pelabur masih perlu memilih aset yang tepat, dan di sinilah kalkulator stock options memainkan fungsinya.

  • Strike Price dan Senario Pasaran
    Strike price merupakan harga aset yang anda sasarkan untuk dibeli atau dijual. Sebagai contoh, katakan anda membeli call option untuk sesebuah saham yang bernilai $48. Anda jangkakan harga saham tersebut akan meningkat kepada $50, jadi anda memasukkan strike price bernilai $50 dan membeli options tersebut.

  • Icon
  • Icon Icon
  • Option Premium and Pengiraan Kos
    Option premium adalah amaun yang anda bayar untuk membeli call option tersebut. Katakan harganya adalah $1 per saham. Jika anda membeli 1 kontrak yang mengandungi 100 saham, kos premium adalah 100x1=$100. Anda boleh gunakan kalkulator keuntungan saham untuk mengira kos dan potensi keuntungan secara automatik.

  • Turun Naik Harga dan Time Value
    Setiap aset dalam pasaran saham mempunyai fluctuating value (nilai turun naik). Keadaan turun naik harga ini juga akan memberi kesan pada harga call options anda. Kos pembelian call options bergantung pada tempoh masa yang tinggal sebelum ia luput dan intrinsic value. Kalkulator options perbandingan saham dapat membantu anda mengenal pasti kontrak paling sesuai.

  • Icon Icon
  • Icon
  • Mengira Potensi Keuntungan
    Katakan anda membeli options pada harga $48 manakala strike price pula $50. Nilai aset tersebut mencapai $55 sebelum tarikh luput kontrak. Nilai aset itu lebih $5 daripada strike price. Pada ketika ini mungkin menjadi waktu terbaik untuk menjual aset tersebut, atau anda boleh mengambil risiko dengan menunggu nilai aset naik lebih tinggi untuk meningkatkan lagi potensi keuntungan.

  • Pengurusan Risiko dan Hadkan Kerugian
    Katakan anda membeli option dengan strike price $50. Apabila kontrak telah melepasi tarikh luput dan aset tersebut tidak pernah mencapai harga yang dijangkakan. Jika itu berlaku, kontrak anda menjadi tidak berharga. Namun, anda telah membayar premium yang telah mengehadkan kerugian maksimum anda.

  • Icon

Contoh Praktikal Hasil Kiraan Put Option

Real-Life Examples

Put option adalah pelaburan unik dalam pasaran saham. Anda membeli kontrak put option untuk mendapatkan hak menjual saham mengikut syarat ditetapkan. Put option berlawanan dengan call option. Dengan kontrak put option, anda jangkakan nilai aset tersebut akan turun hingga ke tahap tertentu. Dalam kata lain, anda perlukan bearish market untuk mengaut keuntungan. Jika aset memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam deal tersebut, anda boleh menjual saham itu.

  • Image

    Harga saham pada tamat adalah $51: ini adalah titik pulang modal anda.

    Image

    Harga saham di atas $51 pada tamat: anda memperoleh keuntungan melebihi kos anda.

  • Image

    Harga saham di bawah $50 pada tamat: pilihan menjadi tidak berharga, dan anda kehilangan $100 yang dibelanjakan untuknya.

    Image

    Saham berada dalam julat $50.01 hingga $50.99 pada tamat: anda mengalami kerugian separa dari $100 yang dibelanjakan untuk pilihan tersebut.

Sebuah saham ketika ini berharga $51. Analisis anda menunjukkan harga saham itu mungkin akan turun dalam masa beberapa bulan akan datang.

Beli put option denggan strike price $50. Berdasarkan analisis anda, anda membeli put option dengan strike price $50, iaitu harga paling rendah yang mesti dicapai saham tersebut sebelum anda boleh menjualnya.

Kira kos untuk lihat sama ada ia menguntungkan. Anda membayar premium untuk put option sebanyak $1 per saham. Jika anda beli 100 saham, jumlah kos adalah $100. Cara ini adalah cara terbaik untuk melindungi kerugian anda memandangkan jumlah tersebut adalah kerugian maksimum yang anda boleh rugi untuk option ini.

Background Background

Penerangan Tentang Kalkulator Put Option

Aplikasi kalkulator stock options juga menawarkan kemudahan mengira potensi keuntungan untuk kontrak put option anda. Alat ini berfungsi sama seperti kiraan call options. Berikut adalah panduan ringkas:

  • Pilih put option pada halaman utama. Langkah ini penting untuk memastikan kalkulator options saham kami mengira dengan tepat.

  • Icon
  • Icon Icon
  • Masukkan butiran yang diperlukan. Pilih tarikh luput, contohnya 1 bulan dengan strike price $30, dan bilangan kontrak anda beli.

  • Kira kos. Anda juga perlu masukkan harga semasa saham, iaitu $33.

  • Icon
  • Icon
  • Buat penilaian terhadap harga luput. Harga anggaran saham tersebut pada tarikh luput, sama ada $30 atau lebih rendah.

  • Semak hasil pengiraan. Apabila anda klik pada butang Calculate, alat ini akan memaparkan hasil kiraan untuk keuntungan jangkaan untuk options tersebut.

  • Icon

Senario untuk Kiraan Put Option

Kita telah bincangkan contoh apabila harga semasa saham bernilai $33 dan strike price $30. Sekarang, mari kita lihat senario berbeza yang boleh berlaku dengan kontrak put option ini.

  • Image

    Harga saham adalah $29 pada tamat: ini adalah titik pulang modal anda.

    Image

    Harga saham di bawah $29 pada tamat: anda memperoleh keuntungan melebihi kos anda.

  • Image

    Harga saham di atas $30 pada tamat: pilihan menjadi tidak berharga, dan anda kehilangan $100 yang dibelanjakan untuknya.

    Image

    Saham berada dalam julat $29.01 hingga $29.99 pada tamat: anda mengalami kerugian separa dari $100 yang dibelanjakan untuk pilihan tersebut.

Harga Saham Jatuh Bawah $30 Sasaran harga anda adalah $30, namun nilai saham jatuh ke $26. Jadi, intrinsic value pelaburan anda adalah $4 per saham. Nilai ini ada boleh dapat melalui kiraan matematik mudah, 30-26=4. Anda membeli put option dengan harga $1 per saham, jadi keuntungan anda adalah $3 per saham. Jika anda beli 100 saham, anda mengaut keuntungan $300 dalam transaksi ini.

Harga Saham Kekal Atas $30 Menurut terma dalam kontrak put option, harga saham perlu turun sekurang-kurangnya $30 untuk membolehkan anda menjual saham tersebut. Ini bermakna anda tidak boleh gunakan hak dalam kontrak tersebut dan situasi ini membuatkan kontrak put option anda tidak bernilai. Disebabkan kerugian telah dihadkan melalui premium, anda telah mengurangkan risiko dan kerugian anda hanya setakat premium yang dibayar dalam transaksi ini.

Harga Saham Antara $32 dan $33 Senario ini berlaku jika harga aset anda betul-betul $1 lebih rendah daripada harga ketika anda beli kontrak option. Anda beli put option ketika nilai saham $33, dan kini harga semasa adalah $32. Memandangkan perbezaan harga $1 adalah sama dengan harga premium, anda tidak rugi dan juga untung. Ini bermaksud anda mendapat semula modal anda (break even).

Background Background
Share Ingin lebih? Arrow

Maksimumkan Keberhasilan Perdagangan Anda Hari Ini!

Anda boleh menambah kalkulator kami ke laman web anda dengan mudah. Hanya sematkan menggunakan iframe, dan pengguna anda akan mempunyai akses kepada semua cirinya secara langsung di laman anda.

97%
Kadar kepuasan
50+
Projek yang disampaikan
10
Tahun pengalaman

  <iframe src="https://ao.srv.tlbs.net?lang=en" id="stock-option-calculator" title="Calculator" sandbox="allow-scripts allow-same-origin" style="width: 100%;" frameborder="0" calc-data=""></iframe>
  <script>
    const calcIframe = document.getElementById('stock-option-calculator');
    if (calcIframe) {
      window.addEventListener('message', event => {
        const allowedOrigin = 'https://ao.srv.tlbs.net';
        if (event.origin === allowedOrigin && event.data && event.data.type === 'setDimensions') {
          const height = event.data.height;
          calcIframe.style.height = `${height + 48}px`;
        }
      });
    }
  </script>

Bahasa yang disokong:

ar, ae, eg, jo, kw, ma, qa, sa, tn, en, gb, us, de, es, fr, id, pt, th, pl, lt, uk, ro, ru, nl, it, zh, lv, vi, et, ko, ms, tr, sr, hr, hi, ja, he, sw, da, sl, el, fi, cs, sv, gd. Tentukan kod dalam parameter "lang", sebagai contoh ?lang=de.


<iframe src="https://ao.srv.tlbs.net?lang=en"></iframe>

Background Background

Kisah Kejayaan dari Pelanggan Kami

  • Client
    John Anderson

    Alat yang Cemerlang untuk Trader
    Kalkulator pilihan saham ini adalah satu kemestian bagi sesiapa yang berdagang pilihan. Ia mudah digunakan dan membantu saya mengira potensi keuntungan dan kerugian sebelum membuat perdagangan. Sangat disyorkan!

  • Client
    Alex Noon

    Tepat dan Mudah
    Saya suka betapa mudahnya untuk memasukkan data dan mendapatkan keputusan segera. Kalkulator memberikan pecahan yang jelas mengenai potensi pulangan dan risiko. Sumber yang hebat untuk sesiapa yang berada di pasaran pilihan.

  • Client
    Emma Petterson

    Sempurna untuk Merancang Perdagangan
    Laman ini menawarkan kalkulator pilihan saham yang intuitif yang membolehkan anda meramalkan hasil dengan cepat. Saya menggunakannya untuk merancang perdagangan saya dan mengurangkan risiko yang terlibat. Ia telah menjimatkan banyak masa saya!

  • Client
    David Lite

    Alat Pendidikan yang Hebat
    Sebagai seseorang yang baru dalam pilihan saham, kalkulator ini telah mengubah permainan. Ia membantu saya memahami potensi risiko dan ganjaran, memudahkan saya membuat keputusan yang berinformasi.

  • Client
    Rachel Simpson

    Mudah Dinavigasi dan Tepat
    Laman ini menjadikan pengiraan nilai pilihan saham sangat mudah. Ia sangat mesra pengguna, dan pengiraannya tepat. Kini ia menjadi sebahagian daripada rutin perdagangan harian saya.

  • Client
    Alex Caron

    Sederhana tetapi Berkuasa
    Saya sedang mencari kalkulator yang boleh dipercayai untuk menganggarkan nilai pilihan saham saya. Yang ini melebihi jangkaan saya dengan kesederhanaan dan keberkesanannya. Ia wajib untuk mana-mana pedagang pilihan!

  • Client
    Sophie Kyle

    Sangat Berkesan
    Kalkulator pilihan saham di laman ini sangat cepat dan memberikan semua butiran yang diperlukan untuk membuat keputusan yang berinformasi. Ia adalah alat pilihan saya sebelum memasuki sebarang perdagangan.

  • Client
    Emily Siemens

    Berguna untuk Pengurusan Risiko
    Saya bergantung pada kalkulator ini untuk mengukur nisbah risiko-ganjaran untuk perdagangan saya. Ia sangat penting dalam membantu saya mengelak daripada perdagangan yang buruk dan fokus pada yang menguntungkan.

  • Client
    Michael Lesly

    Mesra Pengguna dan Terperinci
    Saya telah menggunakan kalkulator pilihan saham ini untuk seketika, dan ia sentiasa tepat. Sangat mudah untuk memasukkan butiran pilihan anda dan mendapatkan hasil secara serta-merta!

  • Client
    Chris Howard

    Sumber Hebat untuk Pemula
    Sebagai pemula, saya mendapati kalkulator pilihan saham sangat berguna. Ia mudah difahami dan memberikan saya idea yang jelas tentang apa yang boleh dijangkakan dengan perdagangan saya.

  • Client
    Nick Robinson

    Penting untuk Pedagang Serius
    Saya telah berdagang pilihan selama bertahun-tahun, dan kalkulator ini adalah alat penting dalam strategi saya. Ia memudahkan pengiraan yang kompleks dan memberikan hasil yang boleh dipercayai.

  • Client
    Tom Green

    Berkesan untuk Semua Jenis Pilihan
    Sama ada anda mengira panggilan atau put, alat ini menangani segala-galanya dengan mudah. Ia adalah sumber yang fantastik untuk pedagang pilihan yang ingin memaksimumkan pulangan mereka.

SOALAN LAZIM

Kami harap artikel ini menerangkan segala yang anda ingin tahu tentang kalkulator stock options. Sebagai tambahan, kami juga akan menjawab beberapa soalan lazim di bawah. Jika anda ada soalan lanjut, hantarkan mesej kepada kami!

  • Apa itu Kalkulator Stock Options?

    icon

    Kalkulator stock options merupakan alat yang ringkas, tetapi penting untuk pelabur yang membeli kontrak call option atau put option. Alat ini akan menganggarkan potensi keuntungan atau kerugian untuk transaksi options tertentu. Anda hanya perlu masukkan info seperti harga semasa, harga premium dan strike price. Kemudian, kalkulator ini akan mengira data penting untuk dagangan tersebut.

  • Bagaimana Saya Boleh Kenal Pasti Dagangan Terbaik dengan Kalkulator Options?

    icon

    Jika anda beberapa dagangan yang berpotensi, anda boleh buat perbandingan dengan mudah menggunakan kalkulator stock options. Dengan mencuba pelbagai parameter, anda boleh kenal pastii peluang terbaik untuk jana keuntungan. Selain itu, alat ini juga akan menunjukkan ratio antara risiko dan rewards, serta paras harga untuk break even. Maklumat sebegitu penting dalam mencari kontrak option paling menguntungkan di pasaran.

  • Bagaimana Cara Kira Premium Stock Option?

    icon

    Kalkulator stock options membantu anda membuat kiraan. Apa yang anda perlu buat adalah masukkan data seperti strike price, tarikh luput, dan bilangan saham pada kalkulator tersebut. Alat ini akan menunjukkan jumlah kos premium untuk options tertentu.

  • Apakah Perbezaan Antara Options In-the-Money dan Options Out-of-the-Money?

    icon

    Jika anda membeli call option, apabila harga saham lebih daripada strike price, situasi ini dipanggil in the money. Sebaliknya jika harga saham kekal di bawah strike price, ia dirujuk sebagai out of the money, kerana anda tidak boleh aktifkan kontrak tersebut. Untuk put option pula, ia berlawanan dengan call option. Jika harga saham lebih rendah daripada strike price, kontrak tersebut dirujuk sebagai in the money. Namun, jika harga semasa melebihi strike price, out of the money berlaku.

  • Adakah Dagangan Options Lebih Baik Berbanding Pelaburan Saham?

    icon

    Semuanya bergantung pada apa yang sesuai dengan strategi dagangan anda. Namun begitu, stock options menawarkan ciri fleksibiliti yang kurang dimiliki oleh pasaran saham konvensional. Dengan options, risiko kerugian yang boleh dihadkan dan juga leveraj. Selain itu anda juga boleh menggunakan alat seperti kalkulator stock options untuk ketahui anggaran keuntungan dalam sesuatu kontrak.

  • Apa Beza Antara Stock Options Volume dan Open Interest?

    icon

    Stock options volume menunjukkan berapa banyak kontrak yang anda telah dagangkan dalam tempoh masa tertentu, seperti sebulan, dua bulan atau dua belas bulan. Sementara itu, open interest pula mengandungi senarai kontrak stock options yang masih belum ditutup. Ini bermaksud kontrak tersebut masih belum melepasi tarikh luput, atau anda masih tidak melakukan apa-apa pada kontrak tersebut.

Hubungi Kami dan Raih Kejayaan Bersama

Anda bersedia untuk langkah seterusnya? Hubungi kami sekarang untuk ketahui bagaimana strategi inovatif kami dapat memajukan perniagaan anda. Team kami di sini bersedia untuk mengubah visi anda menjadi realiti.

Hubungi dengan Mudah

Pertanyaan, idea, dan peluang kerjasama anda hanya satu klik sahaja. Mari mulakan perbincangan.

Connect